Friday 28 December 2012

Impian miliki iPad 2 jadi kenyataan

Wah! Sekarang anda juga boleh mendapatkan iPad 2 dengan menyertai Peraduan Xplorasi!

BERITA HARIAN: Impian miliki iPad 2 jadi kenyataan


Kuala Lumpur: Impian untuk memiliki iPad 2 akhirnya menjadi kenyataan bagi Nor Azmah Mat Hassan, apabila terpilih antara 10 pemenang Peraduan Xplorasi BH minggu pertama.

Nor Azmah, 49, akauntan syarikat swasta, yang meminati gajet itu bersyukur kerana percubaan pertama berjaya membuahkan hasil.

“Disebabkan peraduan itu mudah, saya saja mencuba nasib dan ternyata percubaan pertama menyertai peraduan berbaloi,” katanya.

Perasaan gembira turut dikongsi Wan Norhaissah Wan Jaafar, 27, yang kali pertama memenangi hadiah ditawarkan selepas mencuba nasib sejak peraduan itu diperkenalkan.

Wan Norhaissah, pegawai pemasaran yang juga pembaca setia BH, berkata beliau akan menggunakan hadiah berkenaan untuk melayari internet pada bila-bila masa.

“Sangat gembira dengan kemenangan ini dan harap terpilih sebagai pemenang hadiah utama pula,” katanya yang tertarik menyertai peraduan itu selepas mengetahuinya di televisyen.

Seramai 10 individu bertuah Peraduan Xplorasi BH memenangi iPad 2, selepas penyertaan minggu pertama mereka dipilih menerusi cabutan pemenang, di Balai Berita di sini.

Penyertaan mereka dipilih daripada 10,627 borang dihantar pembaca BH seluruh negara, bagi minggu pertama peraduan bermula 3 hingga 9 Disember lalu.

Cabutan itu seterusnya melayakkan mereka memenangi hadiah utama, sebuah PROTON Persona, pada awal tahun depan.

No comments:

Post a Comment