Populariti Apple iPhone boleh rosak dengan kelemahan yang wujud pada aplikasi peta Apple iPhone yang silap dan menyebabkan trauma serta mimpi ngeri terhadap beberapa individu yang terkandas di kawasan pedalaman negara Australia baru-baru ini. Ketiadaan bekalan air, suhu mencecah 46 darjah selsius merupakan pengalaman separuh mati yang berbahaya buat pengguna-pengguna aplikasi peta Apple iPhone tersebut.
Aplikasi Peta Apple iPhone Bermasalah!
Sydney: Polis Australia mengingatkan pengguna kenderaan mengenai bahaya
besar yang mengundang jika terlalu bergantung kepada penggunaan
aplikasi peta dalam Apple iPhone.
Amaran itu dikeluarkan selepas polis menyelamatkan beberapa individu yang terkandas di kawasan pedalaman negara itu kerana kesilapan dalam aplikasi peta pada peranti terbaru itu.
Polis negeri Victoria berkata, beberapa minggu lalu pemandu dihantar ke laluan yang jarang dilalui ketika dalam perjalanan ke bandar Mildura di kawasan pedalaman, sebaliknya aplikasi peta itu menunjukkan laluan yang membawa mereka ke tengah sebuah taman negara.
“Polis bimbang keadaan ini kerana tiada bekalan air di kawasan taman itu dan suhu boleh mencecah hingga 46 darjah selsius sekali gus mendedahkan individu berkenaan dalam satu keadaan antara hidup dan mati,” kata polis negeri itu dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa berkata, ujian terhadap sistem peta iPhone menunjukkan Mildura dikatakan berada 500 kilometer timur laut Melbourne, iaitu di tengah-tengah Taman Negara Murray Sunset.
Lokasi yang dinyatakan dalam sistem peta iPhone sebenarnya adalah 70 kilometer daripada lokasi sebenarnya.
Enam pemandu diselamatkan dalam tempoh beberapa minggu lalu dari taman itu selepas mengikut panduan arah dalam aplikasi peta iPhone, yang sebahagian mereka terkandas lebih 24 jam tanpa makan dan minum. - AFP

No comments:
Post a Comment